Artikel ini adalah artikel ketiga daripada lima bahagian yang TheLorry akan keluarkan untuk memberi panduan kepada tuan-tuan yang berminat untuk berkecimpung dalam bisnes pengangkutan lori.
Sila rujuk pautan di bawah untuk membaca artikel-artikel yang lain:
Table of Content
- Bahagian 1: Peluang dalam bidang pengangkutan lori dan langkah pertama
- Bahagian 2: Mencari tugasan pertama
- Bahagian 3: Tools dan alat-alat yang anda perlu ada untuk memulakan bisnes pengangkutan lori
- Bahagian 4: Tips untuk menguruskan operasi pengangkutan lori
Bahagian 3: Tools dan alat-alat yang anda perlu ada untuk memulakan bisnes pengangkutan lori
Sekiranya kita hendak bertukang, tentunya kita perlukan alat-alat yang betul untuk memudahkan kita membuat kerja.
Ya, memang boleh membuat pemasangan tanpa alat – tetapi jari-jari tuan akan lebam lah!
Sama juga seperti bisnes pengangkutan lori sewa, untuk memastikan gerak kerja kita lancar, kita perlukan tools atau alat-alat yang betul.
Alat-alat yang dimaksudkan terbahagi kepada:
- Kreatif
- Komunikasi
- Operasi
- Perakaunan
- Perbankan
1. Kreatif
Perkara pertama yang kita perlukan untuk menjalankan bisnes pengangkutan lori atau lori sewa adalah logo dan “letterhead” yang cantik.
Logo yang cantik dan kemas dapat memberi imej profesional kepada bisnes tuan-tuan.
Antara cara-cara untuk membuat logo:
- Pergi ke bantu.my dan buat order untuk logo dengan harga serendah RM50
- Kedai-kedai printing juga boleh membantu tuan-tuan untuk membuat logo. Buat carian di Google: “kedai printing (lokasi)”
Contoh logo-logo korporat yang tuan-tuan boleh guna sebagai inspirasi.
Dengan logo tersebut, tuan-tuan boleh guna untuk buat letterhead syarikat untuk tujuan invois, voucher pembayaran dan juga dokumen-dokumen berkaitan syarikat.
Contoh di bawah:
Tuan-tuan juga boleh guna logo tersebut untuk membuat sticker dan ditampal atas badan lori.
Cara ini bagus untuk membina branding atau jenama tetapi kosnya agak mahal dan boleh mencecah RM1,000-RM1,200 satu lori.
Pada awal permulaan bisnes ini lebih bagus untuk tuan-tuan fokus kepada membina bisnes dan mencari tugasan yang tetap dahulu sebelum membuat pelaburan dalam pembinaan jenama.
2. Komunikasi
Bisnes pengangkutan lori adalah bisnes yang memerlukan kemahiran komunikasi yang tinggi.
Maklumlah, tugasan boleh menjadi kucar-kacir sekiranya komunikasi antara pelanggan, penghantar barang, penerima barang dan pemandu lori tidak betul.
Silap haribulan barang yang perlu di hantar ke Simpang Renggam dihantar ke Simpang Ampat. Padah!
Justeru kita perlu pastikan alat-alat yang digunakan untuk berkomunikasi dengan kesemua pihak berfungsi dengan sewajarnya untuk melancarkan gerak kerja.
Berikut merupakan alat-alat yang wajib:
Telefon pintar (smartphone) dan pelan panggilan
Kami menyarankan tuan-tuan guna pelan yang mempunyai panggilan yang tidak terhad.
Antara pelan-pelan yang terdapat di pasaran sekarang:
- Maxis One Plan: RM98/sebulan (Panggilan dan SMS percuma + 20 GB data)
- Celcom First Platinum: RM150/sebulan (Panggilan dan SMS percuma + 60 GB data)
- DiGi Postpaid: RM80/sebulan (Panggilan + 300 SMS + 20 GB data)
Ini membolehkan tuan-tuan menghubungi penerima atau penghantar barang tanpa memikirkan tentang kredit.
Maklumlah, parah kalau tak ada kredit di waktu-waktu genting!
Dan percayalah kami, tuan-tuan akan menggunakan telefon tanpa henti. Telefon tidak akan berhenti berbunyi.
Disebabkan itu kami cadangkan pelan yang mempunyai panggilan tidak terhad.
Kami juga menyarankan tuan-tuan menggunakan telefon pintar yang tahan lama daripada segi bateri dan mempunyai spec yang bagus.
Berikut merupakan model telefon pintar cadangan kami:
- Samsung Galaxy J2 (RM479)
- Xiaomi Redmi 3 (RM669)
- ASUS Zenfone GO (RM429)
Akaun Emel
Emel adalah medium komunikasi yang utama di zaman digital ini. Mengikut statistik, lebih 205 billion emel dihantar sehari.
Apakah tujuan ada akaun e-mel?
Ini adalah untuk menyenangkan komunikasi dengan pelanggan serta menghantar dokumen-dokumen penting seperti sebut harga, invois dan delivery order.
Tuan-tuan boleh dapat emel percuma di Gmail, Yahoo! Mail atau Hotmail.
Kami cadangkan Gmail kerana ianya amat mudah untuk digunakan.
Di www.gmail.com, tekan butang “Create account”.
Isi butiran-butiran seperti nama dan alamat emel yang dikehendaki.
Kami cadangkan tuan-tuan guna nama syarikat sebagai “username”.
Sebagai contoh, nama syarikat tuan adalah Ahmad Logistics. Jadi boleh gunakan ahmadlogistics@gmail.com sebagai username.
Tekan butang “Next step” dan siaplah akaun emel tuan!
3) Operasi
Untuk melancarkan lagi operasi seharian, kami cadangkan tuan-tuan menggunakan alat-alat seperti di bawah:
Google Calendar
Kami cadangkan tuan-tuan menggunakan Google Calendar untuk memastikan urusan penjadualan seharian teratur.
Menggunakan akaun gmail, terus ke calendar.google.com.
Bagaimana untuk menggunakan Google Calendar? Senang sahaja.
Mula-mula tekan butang “Create” di belah kiri atas.
Dalam paparan di atas, tuan-tuan boleh isi butiran tugasan seperti tarikh, masa, no plat lori serta nombor pelanggan untuk dihubungi.
Di bahagian “Description” boleh juga letak info yang penting seperti permintaan khas pelanggan serta harga untuk tugasan ini.
Boleh juga letak warna yang berbeza untuk no plat lori yang berbeza. Tekan butang “Event color” dan pilih warna yang dikehendaki.
Tekan butang “Save” dan tuan-tuan akan lihat seperti di bawah:
Yang bagusnya tentang Google Calendar ini, tuan-tuan boleh “sync” atau selaraskan jadual ini ke dalam telefon pintar.
Dengan ini sekiranya ada pelanggan ingin hubungi dan tahu jadual, tuan-tuan dapat memberi maklumat yang betul dengan pantas!
Senang kan?
Google Docs
Sama seperti Microsoft Word, Google Docs membolehkan tuan-tuan untuk membuat fail .doc atau .docx secara percuma.
Google Docs ini sesuai digunakan untuk membuat:
Invois – Rujuk contoh Invois yang boleh dimuat turun sini.
Sebut Harga (Quotation) – Rujuk contoh Quotation yang boleh dimuat turun sini.
Kedua-dua dokumen di atas adalah penting terutamanya apabila kita berurusan dengan pelanggan korporat.
Google Drive
Dengan menggunakan akaun Google juga, tuan-tuan boleh menyimpan fail- fail digital dalam format .doc, .xls, .ppt, .pdf di dalam “awan” atau “cloud”
Awan apa pula ni?
Cloud adalah satu media penyimpanan yang menggunakan jaringan internet dan dapat diakses dimana-mana dengan syarat kita mempunyai sambungan internet.
Ini boleh digunakan untuk menyimpan fail-fail penting seperti lesen SSM, penyata bank, sebut harga, invois, senar
ai harga dan lain-lain untuk rujukan pantas.
Kebaikan “cloud” ini juga – ianya dapat diselaraskan atau “sync” dan dapat diakses sama ada di laptop/komputer ataupun di dalam telefon pintar.
Bagaimana untuk akses Google Drive?
Terus ke drive.google.com dan klik butang “New” untuk mula menambah fail dalam “awan” tuan-tuan.
Yang bagusnya Google Drive berikan kita 15 GB secara percuma!
Sekiranya sudah penuh (sangat susah untuk penuh, sebenarnya), boleh buka akaun Google lain dan simpan fail di sana.
4) Perakaunan
Untuk artikel ini, kita akan lihat cara yang mudah dahulu.
Apabila nilai jualan sudah meningkat, bolehlah kita gunakan sistem yang lebih canggih (dan lebih mahal) seperti Wave Apps atau Xero.
Rekod Jualan
Kesemua tugasan yang dijalankan perlu direkod dan disenaraikan dengan kemas dalam satu fail yang dinamakan Rekod Jualan untuk rujukan mudah pada hari akan datang.
Ini penting untuk memastikan kita tahu nilai jualan bulanan sebagai tanda aras performance syarikat kita.
Kami sarankan tuan-tuan menggunakan Google Sheets – satu alat seakan Microsot Excel tetapi percuma untuk merekod jualan bulanan. Kita hanya perlu akaun Google untuk menggunakan alat ini.
Dengan alat ini, tuan-tuan dapat melihat dengan senang jumlah jualan yang dibuat setiap bulan dan lengkap dengan alamat serta nama pelanggan.
Ini membolehkan tuan-tuan senang untuk merujuk butiran tugasan sekiranya ada apa-apa masalah atau persoalan.
Boleh muat turun contoh Rekod Jualan kami di sini: Contoh Rekod Jualan
Rekod Perbelanjaan
Tetapi bagaimana pula kita mahu tahu sekiranya bisnes kita untung atau rugi setiap bulan?
Kita perlukan buat Google Sheets lain untuk merekod perbelanjaan bulanan kita.
Contoh seperti di bawah:
Muat turun contoh Rekod Perbelanjaan di sini: Muat turun Rekod Perbelanjaan
Penyata Untung Rugi
Penyata Untung Rugi adalah dokumen yang sangat penting terutamanya untuk menilai performance syarikat serta untuk menyenangkan proses membuat pinjaman daripada bank.
Dengan menggunakan Rekod Jualan dan Rekod Perbelanjaan, kita dapat menghasilkan Penyata Untung Rugi untuk melihat berapa jumlah untung atau rugi syarikat kita.
Sekiranya untung, teruskan usaha untuk menambahkan pelanggan atau tambah lori untuk menggandakan untung.
Sekiranya masih rugi, boleh perbaiki dengan mencari pelanggan-pelanggan yang dapat memberi jualan yang lebih tinggi serta kurangkan kos.
Muat turun contoh Penyata Untung Rugi di sini: Muat turun Penyata Untung Rugi
5) Perbankan
Untuk menjalankan bisnes, tuan-tuan perlu ada akaun bank untuk menerima dan membuat bayaran.
Di Malaysia ada lebih kurang 11 bank dan kesemuanya memberikan faedah dan manfaat yang berbeza.
Pada pendapat kami, pilihlah bank yang dapat memberikan kemudahan current account atau akaun semasa yang memerlukan deposit yang rendah.
Berikut merupakan senarai bank, deposit minima yang diperlukan serta sama ada introducer diperlukan untuk membuka akaun.
Bank | Deposit minima | Introducer |
Maybank | RM 2,000 | Ya |
Public | RM 5,000 | Ya |
CIMB | RM 1,000 | Ya |
RHB | RM 1,000 | Tidak |
Bank Islam | RM 1,000 | Tidak |
Bank Rakyat | RM 1,000 | Tidak |
Ambank | RM 2,000 | Tidak |
CIMB Islamic | RM 500 | Ya |
Hong Leong | RM 500 | Ya |
Alliance & Alliance Islamic | RM 500 | Tidak |
BSN | RM 500 | Tidak |
Diambil daripada Facebook Puan Ainon Mohd
Jangan lupa minta kemudahan e-banking (seperti Maybank2U atau CIMB clicks) untuk memudahkan pembayaran serta menyemak baki akaun.
Tuan-tuan ada alat-alat lain yang boleh dicadangkan? Beritahu kami di ruangan komen.