InfoUncategorized

Kenapa Sakit Belakang & Burnout Makin Serius di Malaysia — Dan Apa Puncanya?

By 21/05/2025No Comments

TheLorry dedahkan Punca Sebenar Yang Ramai Tak Pernah Fikirkan…

Ramai orang tak sedar — atau sengaja tak ambil peduli tentang isu sakit belakang dan burnout di kalangan rakyat Malaysia hari ini. Mungkin sebab dah terlalu biasa dengan rasa lenguh badan, keletihan berpanjangan atau stres hari-hari, kita anggap semua tu normal. Tapi… adakah ia benar-benar normal, atau kita sebenarnya sedang abaikan tanda awal masalah kesihatan yang lebih besar?

Apa yang buat ramai orang anggap ini perkara kecil? Sebab sakit belakang tak nampak macam penyakit kritikal. Kawan-kawan, Ibu Bapa dan ramai je orang selalu cakap mereka sakit belakang tapi disebabkan kita dah biasa dengar dikalangan orang ramai, kita anggap perkara ni perkar yang biasa. Kalau kita Burnout pula selalu takut nak rehat sebab akan dilihat macam kita ni malas pulak. Inilah cabaran utama — bila simptom atau tanda-tanda ini diabaikan, kesannya boleh jadi berpanjangan.

Dalam artikel ini, TheLorry dah bongkarkan punca sebenar dan bagaimana perkara yang kita anggap remeh ni sebenarnya boleh beri kesan besar kepada fizikal dan mental kita dalam jangka masa yang panjang.

 Isu Kesihatan Semasa: Statistik & Trend Terkini di Malaysia

by TheLorry  on May 21 2025

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (Public Health Malaysia), terdapat lebih daripada 150 jenis sakit kepala yang mempunyai karakteristik, punca, dan rawatan yang berbeza. Ini hanya salah satu daripada banyak simptom tekanan yang semakin kerap berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia.

Tambahan pula, berdasarkan pemerhatian semasa, semakin ramai individu — termasuk pelajar, pekerja profesional, dan pemilik perniagaan — mula menunjukkan tanda-tanda seperti keletihan melampau, sakit belakang kronik, gangguan tidur, dan emosi tidak stabil. Ini sering dikaitkan dengan gaya hidup tidak aktif, tekanan kerja berlebihan, dan beban fizikal yang tidak terkawal seperti kerja berat di rumah, termasuk urusan mengangkat barang atau berpindah.

Kata kunci seperti “kenapa saya selalu sakit belakang”, “simptom burnout”, dan “cara hilangkan stres kerja” kini menjadi antara carian tertinggi dalam kategori kesihatan di Malaysia — membuktikan bahawa isu ini semakin mendapat perhatian ramai.

Sakit Belakang, Stres & Burnout — Isu Kesihatan Yang Ramai Masih Ambil Remeh

by TheLorry  on May 21 2025

Pernah tak rasa letih melampau bila kemas rumah atau angkat barang berat semasa pindah? Jom fikir sekejap — ramai antara kita anggap pindah rumah ni macam perkara biasa. Tapi sebenarnya, proses pindah rumah atau pejabat boleh jadi antara pengalaman paling stres dan meletihkan dalam hidup. Bukan sahaja meletihkan fizikal, tapi juga kesihatan mental.

Sekarang, makin ramai rakyat Malaysia sedar betapa pentingnya jaga kesihatan — bukan setakat dengan makan sihat dan bersenam, tapi juga dengan elak aktiviti harian yang berisiko tinggi, macam pindah rumah sendiri. Sama ada anda pernah alami sendiri atau sedang merancang untuk pindah, artikel ini mungkin akan buat anda terfikir semula.

Sakit belakang & stres melampau bukan lagi isu terpencil. Ia makin serius dan jadi kebiasaan yang ramai masih anggap remeh. Malah, ramai juga alami simptom ‘burnout’ — keletihan melampau, susah tidur, dan rasa tertekan — terutama bila berdepan dengan urusan harian yang memerlukan tenaga fizikal dan mental secara serentak.

Letih, sakit belakang & stres tanpa henti? Ini punca yang ramai tak sedar. Kita juga akan kongsikan alternatif yang lebih sihat dan selamat — supaya korang boleh buat pilihan yang lebih baik untuk diri sendiri dan keluarga.

Pindah rumah dengan cara yang sihat bukan sekadar pilihan — ia satu keperluan untuk elakkan beban berlebihan terhadap tubuh dan minda. Pertimbangkan untuk dapatkan bantuan profesional supaya anda dapat fokus kepada perkara yang lebih penting, dan bukan kepada kesakitan selepasnya.

Apa Yang Berlaku Bila Burnout Tak Dikawal?

Burnout yang tidak dikawal bukan sekadar rasa letih atau penat biasa. Ia boleh mengakibatkan gangguan kesihatan mental yang lebih serius seperti kemurungan, kebimbangan berlebihan (anxiety), dan dalam kes tertentu, kehilangan motivasi hidup. Apabila tekanan emosi dan fizikal terus-menerus dibiarkan tanpa pengurusan yang betul, ia akan menjejaskan kualiti tidur, prestasi kerja, serta hubungan dengan keluarga dan orang sekeliling.

Dari sudut fizikal pula, tubuh yang sentiasa berada dalam keadaan stres akan melepaskan hormon kortisol secara berlebihan. Kortisol ialah hormon stres utama yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal untuk membantu tubuh mengawal tekanan dan menjaga keseimbangan. Ia membantu mengawal tekanan darah, metabolisma gula, sistem imun, dan kitaran tidur. Kortisol juga penting dalam mengatur tenaga dan respons badan terhadap ancaman atau stres. Walaupun ia penting dalam situasi kecemasan atau tekanan jangka pendek, pengeluaran kortisol yang berlebihan dalam jangka masa panjang boleh membawa kesan negatif. Ia boleh mengganggu sistem imunisasi badan, menyebabkan masalah pencernaan, tekanan darah tinggi, gangguan tidur, dan sakit kepala berterusan. Tahap kortisol yang tinggi secara berpanjangan juga dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung dan gangguan metabolik.

Kenapa Kortisol Penting Tapi Bahaya Jika Berlebihan?
Berdasarkan Dokter Sehat, jumlah kortisol yang betul akan bantu kekalkan kewaspadaan dan tenaga. Tetapi jika berlebihan — terutamanya bila seseorang itu sentiasa stres — ia boleh menyebabkan:

  • Tekanan darah tinggi
  • Masalah tidur kronik
  • Keresahan dan kemurungan
  • Kenaikan berat badan
  • Risiko diabetes dan masalah jantung

Kortisol berlebihan juga boleh melemahkan sistem imun dan memberi kesan terhadap keseimbangan hormon lain, menjadikan tubuh lebih mudah jatuh sakit.

Ramai juga yang mengalami burnout mengalami penurunan tumpuan dan daya ingatan, menjadikan mereka lebih mudah melakukan kesilapan, termasuk ketika mengangkat barang berat atau mengurus tugasan fizikal. Jadi, penting untuk mengenali simptom burnout lebih awal dan mengambil langkah pencegahan sebelum ia menjadi lebih sukar untuk dipulihkan.

Burnout, Sakit Belakang & Stres: Kesan Sampingan Pindah Rumah Sendiri Yang Ramai Tak Tau

Ramai fikir mereka boleh jimat kalau urus sendiri pindah rumah atau pejabat. Ya, memang nampak macam lagi jimat — semua orang nak berjimat sekarang. Tapi jom fikir balik — korang pernah tak fikir risiko kalau buat semua ni tanpa bantuan profesional? Risiko cedera, tekanan mental dan masa yang terbuang tu sebenarnya lagi besar.

Menurut Yesdok, amalan mengangkat beban berat secara kerap boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah kesihatan. Antaranya termasuk:

  • Sakit punggung: Tekanan dari beban berat boleh menyebabkan peregangan pada tulang belakang lumbal dan memberi kesan pada ligamen dan otot. Semakin usia meningkat, kepadatan tulang turut menurun, menjadikan kita lebih terdedah kepada kecederaan.
  • Saraf kejepit: Ini berlaku apabila tekanan berlebihan pada saraf menyebabkan kesemutan, kebas, kelemahan anggota badan dan kesakitan yang menjalar. Dalam kes lebih serius, ia boleh memerlukan rawatan pembedahan.

Masalah-masalah ini bukan sahaja menyukarkan pergerakan, tetapi juga boleh menjejaskan kualiti hidup, prestasi kerja, dan emosi harian. Jadi sebelum anda fikir nak jimat dengan buat sendiri, pertimbangkan dulu kesan jangka panjang terhadap kesihatan anda.

Antara kesan yang selalu berlaku:

  • Sakit belakang akibat angkat barang berat tanpa latihan
  • Stres sebab kena rancang macam-macam dan buat kerja fizikal sekali
  • Masa habis yang patutnya boleh guna untuk urusan penting lain

Pelajar, contohnya, selalu tertekan bila kena pindah masa tengah sibuk dengan kelas atau peperiksaan. Bayangkan tengah nak fokus belajar, tapi dalam masa sama kena kemas barang, cari kotak dan angkut semua sendiri. Boleh burn out terus. Untuk keluarga pula, tanggungjawab tu berganda — jaga anak, urus rumah, dan dalam masa sama nak pindah. Ramai mak ayah muda yang tak sedar, badan mereka sebenarnya penat sangat sampai boleh jejaskan kesihatan. Pemilik SME atau bisnes kecil? Diorang ni memang sibuk gila. Fokus utama dah tentu pada customer dan operasi bisnes harian. Mana ada masa nak fikir pasal lori, barang, logistik semua tu? Akhirnya, mereka terpaksa tangguh kerja atau buat kerja separuh jalan — dan itu boleh rosakkan reputasi bisnes.

Bila semua benda kena buat serentak — dari angkat barang, rancang masa, urus logistik — memang boleh jadi penyebab burnout.

Menurut Kamini Muniandy melalui artikel “Working Two Jobs In Malaysia Sounds Smart But Can It Get You Fired?”, ramai rakyat Malaysia kini memilih untuk buat “side hustle” atau kerja sambilan kerana kos sara hidup yang semakin tinggi. Tapi dalam keghairahan untuk cari pendapatan lebih, ramai yang abaikan aspek kesihatan fizikal dan mental mereka. Burnout bukan hanya datang dari satu pekerjaan tetap yang memberi kita tekanan — tapi juga bila seseorang itu terlalu memaksa diri dengan jadual kerja dia yang padat, termasuk kerja sambilan pada waktu malam. Kami menyarankan agar individu yang menjalankan kerja sambilan perlu lebih peka terhadap beban kerja, jaga waktu rehat, dan pastikan ada keseimbangan. Hal ini membuktikan bahawa burnout ni bukan sekadar isu dalam pejabat je — tetapi ia juga melibatkan gaya hidup secara keseluruhan, termasuk ketika mengurus hal rumah, berpindah, atau cuba lakukan semua jenis kerja sendiri tanpa bantuan orang lain.

Burnout dalam kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat — dan ia selalu disebabkan oleh tekanan kerja yang terlalu banyak, bekerja tanpa rehat, serta kekurangan masa. Letih sepanjang masa, sukar tidur, dan cepat marah mungkin bukan perkara ‘biasa’ seperti yang selalu kita sangkakan.

Masalah Kesihatan Fizikal: Sakit Belakang Bukan Perkara Kecil 

Sakit belakang adalah salah satu masalah kesihatan paling biasa kat Malaysia. Tambah pula bila buat kerja fizikal berat macam pindah rumah, risiko tu makin tinggi sebab:

  • Cara angkat barang tak betul
  • Barang berat dan tak seimbang
  • Kena ulang banyak kali dalam masa yang lama

Dan ni bukan masalah orang tua je — golongan muda, pelajar, pekerja pejabat pun boleh kena sakit belakang kronik bila buat kerja yang badan tak biasa buat.

Berdasarkan Artikel “Jangan abai rasa mencucuk & kebas di bahagian belakang, boleh jadi punca slipped disc!” oleh Sinarplus, Ramai juga yang mengalami burnout akan mengalami penurunan tumpuan dan daya ingatan, menjadikan mereka lebih mudah melakukan kesilapan, termasuk ketika mengangkat barang berat atau mengurus tugasan fizikal. Risiko ini lebih besar apabila tubuh dalam keadaan lesu dan otot tidak bersedia untuk mengangkut barang yang berat, sekali gus meningkatkan kemungkinan kecederaan serius seperti slipped disc atau cakera degenerasi. Slipped disc ialah keadaan di mana bahagian tengah cakera tulang belakang terkeluar dan menekan saraf sekeliling. Ia biasanya berlaku seiring dengan peningkatan usia, terutamanya selepas umur 40 tahun, dan sering bermula dengan simptom seperti kebas, rasa mencucuk seperti jarum atau sakit pada bahagian punggung dan kaki. Jika dibiarkan, kesakitan boleh merebak mengikut laluan saraf sehingga ke tapak kaki dan mengganggu pergerakan harian.

Jadi, penting untuk mengenali simptom burnout dan beban fizikal lebih awal serta mengambil langkah pencegahan sebelum ia membawa kepada komplikasi kesihatan yang lebih serius.

Soalan Lazim Berkaitan Burnout & Kesihatan Semasa Pindah 

Apakah tanda-tanda awal burnout yang ramai tak sedar?
Letih berpanjangan, susah tidur, cepat marah, dan rasa putus asa adalah antara simptom utama. Ramai anggap ini perkara biasa, tapi jika dibiarkan, boleh beri kesan jangka panjang terhadap kesihatan mental dan fizikal.

Adakah pindah rumah sendiri boleh menyebabkan sakit belakang?
Ya. Mengangkat barang berat tanpa teknik yang betul boleh menyebabkan tekanan pada tulang belakang dan otot, sekali gus meningkatkan risiko kecederaan serius.

Siapa yang paling berisiko mengalami burnout semasa berpindah?
Golongan paling berisiko termasuk pelajar, ibu bapa, pekerja yang bekerja dua pekerjaan (side hustle), serta pemilik bisnes yang cuba urus perpindahan sendiri tanpa bantuan.

Apa kaitan antara kerja sambilan dan burnout?
Individu yang buat kerja sambilan cenderung untuk mengalami kekurang rehat atau tidur dan terpaksa bahagi tenaga kepada banyak komitmen. Ini mempercepatkan lagi orang itu menjadi penat  dan stres. Perkara ini juga boleh bawa kepada burnout.

Lindungi Kesihatan Anda — Serahkan Urusan Pindah Rumah Pada Yang Pakar

Kalau anda tengah stres fikir pasal pindah rumah, pejabat, atau urusan logistik — kenapa perlu buat semua sendiri? Dengan guna lori sewa profesional, anda bukan saja jimat masa dan tenaga, tapi juga elak risiko sakit belakang, burnout dan kecederaan fizikal. Ramai masih tak tahu bahawa servis lori sewa hari ini bukan sekadar pindah barang — tapi satu solusi kesihatan dan kemudahan untuk semua.

TheLorry ialah syarikat tempatan yang menyediakan servis lori sewa profesional merangkumi:

  • Pindah rumah & pejabat
  • Penghantaran on-demand untuk (Personal & Business)
  • Disposal (Buang Barang Lama)
  • Cross-Border

Dengan lebih 14,000 review di Google dan rating setinggi 4.7 bintang, TheLorry telah membantu ribuan pelanggan berpindah di seluruh semenanjung Malaysia dengan lebih mudah, cepat dan murah!

Tak Perlu Angkat Barang Berat

Mengangkat barang berat seperti katil, almari, peti sejuk, mesin basuh atau kotak-kotak besar bukanlah sesuatu yang mudah — apatah lagi bagi mereka yang tidak mempunyai pengalaman atau latihan yang betul. Ramai orang ambil ringan soal ini, sedangkan mengangkat barang secara salah boleh menyebabkan sakit belakang, kecederaan pada sendi, atau lebih teruk lagi, risiko slipped disc dan saraf terhimpit. Dengan menggunakan servis lori sewa profesional seperti TheLorry, anda tak perlu risau tentang aspek fizikal ini — pekerja kami dilatih untuk mengendalikan barang berat dengan selamat. Ini bukan sahaja melindungi kesihatan anda, tetapi juga menjamin keselamatan barang anda daripada kerosakan. Jangan sampai niat nak jimat sangat sampai nak buat sendiri , akhirnya perlu habiskan duit jugak untuk kos perubatan atau fisioterapi.

Jimat Masa & Tenaga 

Urusan pindah rumah atau pejabat bukan sahaja memenatkan dari segi fizikal, tetapi juga boleh mengganggu mental — terutama bila anda cuba buat semuanya sendiri. Masa yang sepatutnya anda guna untuk kerja, bersama keluarga, atau healing berehat akan habis hanya untuk menyusun jadual, cari kotak, angkat barang, dan uruskan logistik dan fikir lagi macam mana nak cari lori sewa. TheLorry menawarkan servis yang menyeluruh dan pantas, supaya anda boleh berpindah dengan lebih efisien tanpa perlu habiskan satu hari penuh semata-mata untuk angkat barang. Masa adalah sumber paling berharga dalam hidup moden — dan kami dari TheLorry akan bantu anda dan keluarga anda  guna masa itu dengan lebih bijak.

Pakej Murah dan Lengkap sekali Lori Sewa

Ramai menyangka servis lori sewa profesional adalah mahal, rumit atau hanya untuk perpindahan berskala besar. Sebenarnya, TheLorry menyediakan pelbagai pakej perkhidmatan mampu milik yang direka khusus untuk kesesuaian anda — sama ada individu, keluarga, SME mahupun pelanggan korporat. Dengan struktur harga yang telus dan sistem tempahan dalam talian yang mudah, pelanggan boleh menikmati pengalaman lori sewa murah, cekap dan selamat. Berikut ialah empat perkhidmatan utama yang ditawarkan:

1. Pakej Pindah Rumah – Untuk Apartmen, Kondominium, Rumah Teres & Lagi

Nak pindah rumah tanpa stres? TheLorry sediakan pakej pindah rumah yang dikurasi khas — lengkap dengan kenderaan, pemandu profesional, dan tenaga kerja terlatih. Sama ada anda tinggal di pangsapuri kecil atau rumah teres besar, kami ada penyelesaian yang sesuai. Pelanggan juga boleh memilih servis pembalutan & pembongkaran barang (wrapping & dismantling) jika diperlukan. Apa yang anda lihat ialah apa yang anda bayar — tiada caj tersembunyi.

Servis ini bukan sahaja menjimatkan tenaga, tetapi mengurangkan risiko kecederaan, kerosakan barang dan tekanan mental, terutama untuk keluarga yang mempunyai anak kecil atau warga emas.

2. On-Demand Delivery – Bila-Bila Masa, Di Mana Saja

Perlu penghantaran segera ke lokasi tertentu? Sama ada untuk perabot besar, stok perniagaan, atau dokumen penting — TheLorry ada penyelesaian on-demand delivery yang fleksibel. Dengan pelbagai jenis lori dan kenderaan untuk dipilih, anda boleh sesuaikan penghantaran mengikut bajet dan masa. Ini sangat ideal untuk SME, peniaga e-dagang, dan kedai runcit yang perlukan penghantaran cepat dan boleh dipercayai.

Dari rumah ke pejabat atau kedai ke gudang, servis ini menjimatkan masa, mengurangkan risiko kelewatan dan memudahkan pengurusan logistik harian.

 3. Perkhidmatan Pelupusan – Bersih, Mudah & Bertanggungjawab

Tak tahu nak buang perabot lama, tilam, atau barangan rosak yang besar dan berat? Jangan biarkan ia tersadai dan menjadi beban. TheLorry menyediakan perkhidmatan pelupusan (disposal service) yang efisien dan bertanggungjawab. Kami pastikan barangan yang dibuang akan diuruskan mengikut kaedah yang selamat dan mesra alam. Ini bukan sahaja memudahkan kerja anda, malah mengurangkan risiko kecederaan dan tekanan mental akibat barangan yang tak dapat dialihkan sendiri. Sangat sesuai untuk mereka yang tengah kemas rumah, berpindah, atau menjalankan renovasi besar.

4. Perpindahan Rentas Sempadan – Malaysia ⇆ Singapura

Merancang untuk berpindah dari Malaysia ke Singapura atau sebaliknya? Dengan TheLorry, proses cross-border moving kini lebih mudah dari sebelumnya. Kami uruskan semua aspek logistik — dari pengangkutan, dokumentasi kastam hingga bantuan pemindahan. Ini sangat ideal untuk ekspatriat, pelajar luar negara, dan syarikat yang menjalankan operasi dua negara. Tanpa bantuan profesional, proses rentas sempadan boleh jadi rumit dan memakan masa.

Dengan TheLorry, semuanya jadi lebih lancar, cepat dan bebas stres. Dengan keempat-empat jenis perkhidmatan ini, TheLorry bukan sekadar lori sewa biasa — kami adalah penyelesaian logistik harian yang menyeluruh untuk anda. Tak kira apa keperluan anda, kami bantu anda pindah, hantar, lupus dan bergerak ke seberang sempadan dengan selamat, mudah dan kos efektif.

Lupakan semua tekanan fizikal dan emosi bila urus sendiri. TheLorry ada untuk mudahkan hidup anda, satu lori pada satu masa.

Sesuai untuk Individu, Keluarga & SME

Tak kira sama ada anda seorang pelajar yang nak pindah ke rumah sewa baru, keluarga muda dengan anak kecil, atau pemilik perniagaan kecil yang perlu hantar stok atau pindahkan pejabat — TheLorry ialah solusi ideal untuk semua golongan. Kami faham setiap kumpulan pelanggan ada keperluan berbeza, sebab tu kami sediakan servis yang fleksibel dan boleh disesuaikan. Contohnya, untuk SME yang sibuk dengan operasi harian, kami bantu kurangkan beban logistik supaya mereka boleh fokus kepada pelanggan. Bagi individu dan keluarga pula, kami pastikan proses perpindahan berjalan lancar tanpa tekanan — supaya mereka boleh berpindah dengan selamat dan tenang.

Dengan servis lori sewa TheLorry, anda tak perlu risau tentang tenaga, masa atau risiko kecederaan — kami uruskan semua dengan profesional. Cari lori sewa paling dipercayai di Malaysia? Pilih TheLorry  — pilihan mudah, murah dan memuaskan!

READ MORE ON OUR WEBSITE 


Rujukan

Sharing is caring