oleh TheLorry pada 26 Ogos 2025.
Rentetan musim pandemik beberapa bulan lepas dimana kerajaan hanya benarkan seorang sahaja daripada ahli keluarga untuk keluar membeli barang dapur dan barang harian yang penting iaitu ketua keluarga, tak lain tak bukan iaitu geng- geng suami. Ada dikalangan suami yang sudah pro bab barang dapur tapi tak dinafikan ada juga yang tidak pernah pun keluar membeli sendiri. Adoi, mesti berdebar-debar kan?
Jadi geng suami wajib kenal 5 perkara penting suami wajib tahu yang sangat kerap orang lelaki tertukar di kedai untuk elak geng isteri menyinga dekat rumah nanti. Mari sini kami berikan tips siap-siap supaya geng suami dapat balik dengan selamat ke rumah.
(Photo by sentot setyasiswanto)
1. Halia dan Lengkuas
Bagi yang sudah biasa memasak, mesti pandai nak membezakan halia dan lengkuas. Tapi bagi geng suami yang jarang-jarang ke dapur mesti pening nak pilih, dah lah bentuk dan warna lebih kurang. Nak tahu apa bezanya, jom boleh baca tips dibawah.
-
- Warna dan tekstur kulit; Halia berwarna kuning kecoklatan atau coklat lembut tetapi lengkuas pula berwarna coklat gelap. Tekstur kulit halia licin dan berkilat tetapi untuk lengkuas pula agak kasar.
- Bau dan rasa; Halia dan lengkuas sebenarnya mempunyai bau yang bersifat segar dan kuat aromanya akan tetapi untuk membezakannya halia mempunyai bau yang lebih kuat dan lengkuas mempunyai sedikit aroma citrus yang menyegarkan.
(Photo by Thi Nguyen Duc)
2. Ikan Mabong, Ikan Kembung dan Ikan Pelaling
Tiga jenis ikan yang rupa saling tak tumpah, macam adik beradik sangat. Pening nak cari dekat pasar kan? Nak tanya, orang ramai, malu lagi. Haa, meh sini kami bagi tips nak bezakan ikan- ikan ini. Mudah saja! Ikan mabong saiznya lebih besar, dan isinya juga lebih tebal berbanding ikan kembung. Manakala ikan pelaling selalunya saiznya kecil sahaja, selebar dua jari dewasa sahaja.
(Photo by Magdalena Olszewska)
3. Daun Sup dan Daun Ketumbar
Ni kadang-kadang geng isteri pun boleh pening nak pilih. Kalau ikan-ikan diatas kita kata adik beradik, yang daun-daun ni dah macam kembar pun ada! Sekali pandang memang tak perasan langsung perbezaannya. Kalau ada geng suami yang dapat bawak balik daun yang betul, memang kami salute lah!
Tips paling senang nak bezakan ialah:
-
- Dari segi bau. Daun sup biasanya ada aroma yang grassy dan lebih mild. Macam bau sup Melayulah lebih kurang. Daun ketumbar pula bau lebih kuat dan tajam seakan bau sabun dan ala sitrus.
- Nama/Label di pasar raya. Daun sup dilabel sebagai Celery Leaves / Chinese Celery manakala daun ketumbar dilabel sebagai Coriander Leaves / Cilantro
4. Suhun dan Bihun
Warna sama putih, kalau sekali pandang rupa dan bentuk pun hampir sama. Pernah anda rasa keliru nak bezakan suhun dan bihun? Kedua duanya dibuat menggunakan bahan yang berbeza, tekstur dan cara memasak yang tidak sama. Nak tahu macamana nak bezakanya, jom baca info dibawah.
-
-
- Warna, tekstur dan rasa; Warna bihun selalunya putih kusam, mudah rapuh dan patah semasa kering tetapi selepas dimasak ianya akan menjadi lembut dan kenyal. Manakala suhun berwarna putih jernih dan ia lebih liat dan tidak mudah patah semasa kering. Akan tetapi apabila sudah dimasak teksturnya akan menjadi licin dan mudah putus. Rasanya juga lebih tawar berbanding bihun.
-
(Photo by Irina)
5. Limau Kasturi, Limau Purut dan Limau Nipis
Sebut je limau, macam-macam limau ada di pasar raya. Namun ada tiga limau yang si isteri selalu guna didapur untuk tujuan masakan. Ia adalah limau Kasturi, limau nipis dan limau purut. Nak tahu macamana nak bezakan ketiga-tiganya, jom baca dibawah.
- Fizikal dan tekstur; Ketiga-tiga berwarna hijau akan tetapi limau purut dan limau Kasturi berwarna hijau yang lebih pekat manakala limau nipis pula berwarna hijau muda dan kekuningan. Untuk tekstur pula limau purut lebih mengerutu manakala limau Kasturi dan limau nipis lebih licin.
Jadi geng suami, dah belajar sesuatu pada hari ini?
Beli barang dapur bukan sekadar ambil apa yang nampak di rak atau pasar. Perlu ada ilmu sikit supaya tak tersalah beli. Dengan panduan ini, sekurang-kurangnya geng suami boleh pulang ke rumah dengan barang yang betul, dan isteri pun gembira bila masak nanti.
Ingat ya — halia bukan lengkuas, daun sup bukan ketumbar, dan ikan kembung bukan pelaling. Lepas ni confirm tak salah lagi!
5 Perkara Penting Suami Wajib Tahu Bila Beli Barang Dapur
Sebagai rumusan, inilah 5 perkara penting suami wajib tahu setiap kali diberi tugasan membeli barang dapur oleh pasangan:
-
Kenal beza halia dan lengkuas supaya masakan tak lari rasa.
-
Bezakan ikan mabong, kembung dan pelaling agar lauk sesuai dengan resepi.
-
Ingat bau daun sup dan ketumbar – salah pilih boleh ubah rasa masakan.
-
Bezakan suhun dan bihun untuk elak tekstur yang salah dalam masakan.
-
Kenal jenis limau (kasturi, purut, nipis) kerana setiap satunya ada fungsi tersendiri.
Bila suami tahu membezakan bahan dapur dengan betul, bukan saja dapat elak “scene drama” di rumah, tapi juga membantu keluarga lebih tenang dan gembira. 5 perkara penting suami wajib tahu ini mungkin nampak remeh, tetapi sebenarnya ia boleh menjimatkan masa, duit, dan mengelakkan pembaziran.
Namun, kehidupan berumah tangga bukan sekadar hal barang dapur saja. Ada banyak lagi cabaran harian yang perlukan ilmu dan persediaan — contohnya bila berdepan bencana alam, berpindah rumah, atau menguruskan barang-barang lama.
Untuk bacaan lanjut, anda boleh teruskan dengan artikel-artikel berguna di blog TheLorry:
-
7 Tips dan Langkah Persediaan Menghadapi Banjir – penting untuk suami sebagai ketua keluarga ambil tahu demi keselamatan ahli rumah.
-
Kenapa TheLorry Adalah Pilihan Terbaik untuk Pindah Rumah Anda – panduan memilih perkhidmatan pindah rumah yang selamat dan berbaloi.
-
Tips dan Amalan Semasa Berpindah ke Rumah Baru Mengikut Islam – sesuai untuk pasangan muda yang baru ingin memulakan kehidupan di kediaman baharu.
📌 Dengan membaca lebih banyak perkongsian seperti ini, para suami bukan saja lebih bersedia di dapur, tetapi juga dalam menghadapi urusan harian yang lebih besar.
Soalan Lazim
Apa barang dapur yang suami selalu salah beli?
Bagaimana nak beza halia dan lengkuas?
Apa beza daun sup dengan daun ketumbar?
Suhun dan bihun sama ke?
Apa jenis limau yang selalu digunakan di dapur?
Kenapa penting tahu beza barang dapur?