Info

5 Aktiviti Yang Anak Anda Boleh Lakukan Semasa Musim Cuti Sekolah

By 22/12/2023No Comments

Bulan Disember telah pun tiba, kebiasaan pada bulan ini cuti sekolah merupakan saat yang paling dinantikan oleh pelajar sekolah dengan penuh ceria dan pelajar tidak sabar untuk menantikanya.

Ini adalah waktu untuk bersenang-senang tanpa memikirkan tugasan sekolah atau kelas. Walaupun begitu, kadang-kadang cuti yang terlalu lama boleh membuat kita rasa bosan dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Jadi, untuk elakkan menjadi bosan, penulis mencadangkan beberapa aktiviti yang boleh dilakukan semasa cuti sekolah.

Sebelum berkongsi tentang aktiviti-aktiviti yang anak anda boleh lakukan, penulis ingatkan sekali lagi semasa cuti sekolah elakkan melayan perkara-perakara yang tidak berfaedah seperti bermain game, melayari sosial media terlampau lama atau melepak dengan kawan-kawan tanpa hala tuju.

Semasa cuti sekolah ini lah masanya untuk anda mengisi aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan boleh menaikkan lagi skil anda dan keseronokkan anda.

Antara aktiviti yang anak anda boleh lakukan :-

Sertai mana-mana program cuti sekolah yang dianjurkan

Anda boleh hubungi atau mendaftarkan anak anda di mana-mana program cuti sekolah seperti kem solat, kem motivasi, kem belajar, aktiviti memasak, permainan teka teki, mewarna dan sebagainya.

Dengan sertai program seperti ini, anak anda bukan sahaja dapat belajar dair program tersebut, malah dapat belajar berkawan dengan kawan-kawan yang baru dalam program tersebut.

Bersukan

Sekiranya anak anda minat bersukan, apa kata sertai mana-mana kelab, atau persatuan, sekolah yang aktif permainan sukan seperti kelab bola sepak, program bola sepak si kecil dan sebagainya.

Selain dari itu, anak anda juga sentiasa aktif dan sihat dengan selalu bersukan dan mengisi masa lapang dengna berfaedah

Membantu Ibu Bapa

Anda juga boleh membantu ibu bapa dalam rumah seperti mengemas rumah, sapu sampah, mop lantai dan sebagainya. Ini juga bukan sahaja sebagai membalas jasa ibu bapa anda yang membesarkan anda tetapi juga anda melakukan senaman dalam rumah dan secara tak langsung anda juga aktif dan sihat.

Membuat Kraftangan

Menunjukkan bakat kreativiti yang tersimpan, seperti memahami cara membuat kraftangan, adalah salah satu kegiatan yang boleh dilakukan semasa musim cuti sekolah.

Selain daripada membaca buku sebagai panduan, menonton video yang dikongsikan di media sosial juga boleh membantu dalam mempelajari kemahiran tersebut.

Contohnya, anda boleh mencuba membuat perhiasan seperti gelang, rantai, atau anting-anting. Selain itu, belajar cara membuat lilin beraroma atau melukis juga merupakan aktiviti yang menarik.

Sambil melakukan itu, anda juga boleh menggunakan bahan kitar semula seperti botol plastik, batang ais krim, atau kulit telur untuk mencipta sesuatu yang unik.

Membaca

Galakkan budaya membaca di kalangan kanak-kanak dan remaja. Ibu bapa boleh memberikan dorongan dengan cara yang sama seperti memberi dorongan untuk memasak hidangan kegemaran atau memberikan ganjaran wang ringgit.


Itulah antara aktiviti-aktiviti yang anak anda boleh lakukan sepanjang musim cuti sekolah. Musim cuti sekolah adalah peluang yang baik untuk membolehkan anak anda menambahkan lagi  pengalaman dan mengejar minat mereka. Dengan pelbagai aktiviti yang ditawarkan, pastikan setiap hari cuti mereka diisi dengan keceriaan dan pembelajaran.

Selamat mencuba!

Sharing is caring