6 Panduan Keselamatan Penting yang Wajib Tau

oleh TheLorry pada 3 Ogos 2025.
Pernah berasa cemas bila memandu bersebelahan lori besar? Sama ada lori 1 tan atau lori 5 tan, kenderaan berat seperti ini membawa risiko yang tidak boleh dipandang ringan.
Berikut adalah 6 panduan keselamatan penting yang wajib anda tahu apabila berkongsi jalan raya dengan lori — terutamanya jika anda sering menggunakan jalan raya utama atau lebuh raya di Malaysia.
1. Pastikan Nampak Muka Pemandu Lori
Sekiranya anda tidak nampak muka pemandu lori, kemungkinan besar pemandu tersebut tidak nampak anda juga. Lebih panjang lori tersebut, lebih besar ‘blind spot’ pemandu.
Pastikan anda nampak lori tersebut di cermin sisi sekiranya anda ingin memotong. Sekiranya tidak nampak, terus ke hadapan dan cari peluang yang lebih baik.
📌 Tip praktikal:
Jika anda berada di belakang atau di tepi lori, pastikan anda boleh melihat pemandu lori di cermin sisinya. Jika tidak, percepatkan untuk berada di hadapan dengan selamat.
👉 Rujuk juga artikel ini: 11 Jenis Lori di Malaysia
2. Jangan Potong Dari Kiri
Lori mempunyai ‘blind spot’ yang ketara di belah kiri. Tentunya anda alami sedikit kepayahan apabila hendak memotong ke kiri berbanding ke kanan. Prinsip yang sama digunapakai di sini.
Sentiasa potong dari kanan lori.
🎯 Nasihat penting:
Sentiasa potong dari sebelah kanan, di mana pemandu lebih mudah melihat anda melalui cermin sisi utama.
3. Bersabar Apabila di Belakang Lori
Lori kebiasaannya membawa muatan yang berat dan ini membuatkan pergerakan mereka lebih perlahan. Sekiranya anda di belakang lori, pastikan jarak lori, anda dan kereta di belakang adalah selamat sebelum memotong.
🛑 Tunggu saat sesuai:
Pastikan jarak selamat antara kenderaan anda, lori, dan kereta di belakang. Perhatikan keadaan trafik dan tunggu ruang yang benar-benar selamat untuk memotong.
4. Jangan ‘cucuk’ Lori di Hadapan
Sama seperti poin no 3, lori mengangkut muatan yang berat, oleh itu mereka mempunyai momentum yang lebih besar. Lori mengambil lebih masa dan tenaga untuk berhenti.
Sebagai panduan, pastikan ada jarak 2-3 kereta di antara lori di hadapan dan kereta anda.
📏 Peraturan selamat:
Kekalkan sekurang-kurangnya jarak 2 hingga 3 buah kereta di antara anda dan lori di hadapan.
5. Beri Laluan kepada Lori di Simpang
Lori merupakan kenderaan yang panjang dan memerlukan ruang yang lebih banyak untuk masuk ke simpang. Beri laluan kepada mereka dan berikan ruang yang secukupnya.
Lori yang selamat sampai ke destinasi lebih baik daripada lori yang sangkut di simpang!
🫱 Tindakan terbaik:
Biarkan lori masuk simpang terlebih dahulu. Ini bukan sahaja lebih selamat, malah membantu kelancaran trafik.
6. Jangan Memandu di Lorong Kecemasan
Lori kebiasaannya memandu di lorong perlahan (belah kiri). Sekiranya anda memandu di lorong kecemasan, ianya akan mengelirukan pemandu lori.
🚫 Elakkan sama sekali:
Gunakan lorong yang betul, dan hormati lorong kecemasan untuk situasi kecemasan sahaja.
Kongsikan Jalan Raya dengan Bijak
Setiap pemandu, termasuk pemandu lori, hanya mahukan satu perkara — sampai ke destinasi dengan selamat. Sikap sabar, jarak selamat, dan pemahaman tentang cara lori beroperasi adalah kunci keselamatan bersama.
📣 Adakah anda ada tips tambahan?
Kongsikan pengalaman anda bersama kami atau baca juga:
👉 4 Tips Keselamatan Berhadapan dengan Kenderaan Berat
Ingin Sewa Lori 1 Tan atau 5 Tan untuk Pindah Barang?
Kami di TheLorry menyediakan pelbagai pilihan lori sewa termasuk lori 1 tan, 3 tan, dan 5 tan dengan pemandu berpengalaman dan ulasan pelanggan terbaik.
👉 Tempah hari ini melalui:
-
Pakej Pindah Rumah: https://thelorry.com/my/consumer/house-moving-package/
-
Sewa Lori Segera (On-Demand): https://bookings.thelorry.com/my/standard
-
Perkhidmatan Buang Perabot Lama: https://thelorry.com/my/consumer/dispose-old-furniture/
-
Pindahan Rentas Sempadan: https://thelorry.com/my/consumer/cross-border-service/
Perlu Bantuan? Hubungi Kami Sekarang!
📞 Ingin tahu lebih lanjut tentang perkhidmatan lori sewa kami?
👉 Chat WhatsApp Kami Sekarang
Saranan Bacaan Seterusnya dari Blog TheLorry:
- Lori Sewa Murah Tapi Berkualiti di Selangor & KL — Wujud Ke?
- Kenapa TheLorry Jadi Pilihan Terbaik untuk Pindah Rumah di Malaysia?
- Servis Lori Sewa KL & Lori Pindah Rumah Murah
Setiap artikel disediakan untuk membantu anda membuat keputusan yang lebih baik, cepat, dan selamat!