Lori Sewa Pindah Rumah: 9 Sebab Ia Lebih Menguntungkan!

oleh TheLorry pada 20 Ogos 2025.
Ramai orang masih beranggapan bahawa menggunakan perkhidmatan lori sewa pindah rumah adalah sesuatu yang mahal dan membebankan. Malah, ada yang sanggup bersusah payah mengangkut perabot besar sendiri kerana percaya ia lebih menjimatkan.
Hakikatnya, realiti jauh berbeza. Jika dikira dari segi masa, kos, tenaga, dan risiko, menyewa lori sewa sebenarnya lebih menguntungkan berbanding pindah sendiri. Sama ada anda tinggal di KL, Selangor, atau Johor Bahru, menggunakan lori sewa profesional seperti TheLorry boleh menjadikan proses pindah rumah lebih mudah, selamat, dan efisien.
Mari kita lihat 9 sebab utama kenapa ia berbaloi.
1. Sekali Perjalanan
Jika anda enggan menyewa sebuah lori untuk berpindah akan kerana kosnya, anda mungkin perlu mengangkut barangan anda berkali-kali sebelum siap mengangkut kesemuanya.
Perkara ini mungkin akan terlintas di fikiran orang yang rumah barunya tidak berapa jauh dari rumah sekarang.
Tetapi anda perlu ingat bahawa kos perjalanan berkali-kali akan menjadi lebih tinggi berbanding dengan sekali perjalanan dengan lori sewa.
Mencari lori sewa area KL boleh klik sini : Tips Mencari dan Menempah Lori Sewa di KL
2. Demi Masa

Seperti pepatah popular; Masa itu emas, kita perlu faham bahawa dengan adanya perkhidmatan lori sewa, masa yang akan diambil untuk pindah rumah boleh dikurangkan dengan banyak sekali.
3. Kos lain-lain juga disertakan
Anda mungkin berasa bahawa dengan mengangkut barangan anda sendiri, anda dapat jimatkan kos perjalanan.
Tetapi dengan kos minyak, tol, dan juga kebarangkalian yang tidak diduga, kos untuk menyewa sebuah lori sebenarnya adalah sama sahaja.
Anda juga boleh baca 5 Tips Memilih Saiz Lori Sewa Dengan Betul untuk tahu lagi cara memilih saiz lori sewa yang pelbagai.
4. Elak dari kecederaan

Banyak jenis kecederaan yang boleh didapati jika anda angkut barangan anda sendiri. Lebih-lebih lagi jika rumah anda merupakan sebuah apartment.
Pekerja-pekerja yang menganggotai syarikat prkhidmatan lori sewa selalunya adalah yang sangat berkelayakan dan berpengalaman.
Jadi, lebih baik untuk anda beri laluan kepada pekerja untuk mengangkat dan mengalih barangan tersebut, kerana mereka sudah biasa menjalankan tugas berat ini!
5. Kurang risiko kerosakan
Perkhidmatan lori sewa kini sudah maju dari segi kualiti, dan ramai pemandu lori sudah berada di tahap profesional dengan perkhidmatan mereka.
Ini membolehkan pengguna seperti kita untuk lebih meletakkan kepercayaan kepada mereka.
Sebagai pekerja yang profesional, pengalaman menguruskan barangan berat boleh mengurangkan risiko kerosakan yang mungkin berlaku jika kita sendiri yang ingin mengangkat.
6. Lebih senang untuk urus
Jika anda menjalani proses berpindah tanpa bantuan perkhidmatan lori sewa, kerja anda akan menjadi lebih susah dan rumit.
Ini kerana anda perlu menguruskan segalanya sendiri. Dari melangsaikan segala bil rumah sebelum pindah, penukaran alamat, mengemas, serta mengangkut segala perabot anda semasa hari pindah!
Dengan menggunakan perkhidmatan lori sewa, anda boleh tinggalkan tugasan berat mengangkut tersebut kepada pekerja, dan fokus sepenuhnya dalam pengurusan lain.
Saiz lori juga ada pelbagai, boleh dapatkan tips memilih saiz lori sewa di sini : Tips Memilih Saiz Lori Sewa
7. Perkhidmatan tambahan juga!

Sebagai seorang penduduk Malaysia yang sibuk, kita kadang-kadang tidak dapat menguruskan segalanya semasa pindah rumah. Maklumlah, ada sahaja perkara yang timbul apabila kita sedang sibuk melakukan sesuatu benda.
Terdapat beberapa perkhidmatan lori sewa profesional sekarang yang menyediakan perkhidmatan lebih dari hanya mengangkut dan menghantar barangan kita.
Mereka juga ada menyediakan perkhidmatan seperti pembungkusan barangan (wrapping), penyelenggaraan barangan, dan juga penjualan kotak dan pita pelekat untuk digunakan semasa pemindahan.
8. Dilindungi dari yang tidak disangka
Pernahkah anda mengalami suatu yang tidak dijangka, di mana kenderaan anda tiba-tiba rosak semasa memandu?
Masa ini lah mulanya titik peluh anda bercurah-curah sambil anda memberhentikan kenderaan di bahu jalan dan memanggil kenalan atau perkhidmatan tunda kereta.
Sekarang bayangkan jika perkara ini berlaku semasa memandu kenderaan ke rumah baru anda, dengan barangan anda memenuhi setiap penjuru ruang.
Jangan dibicara pula tentang perbelanjaan yang perlu keluar untuk membaiki! Aduh..sakit hati..
Tetapi jika anda menggunakan perkhidmatan lori sewa, perkara seperti ini akan diurus sepenuhnya oleh pihak mereka.
Dan anda tidak perlu membuat apa-apa bayaran lebih untuk menyelesaikan masalah tersebut.
9. Prosesnya kini sangat mudah

Kini anda mungkin akan fikir bahawa untuk mencari perkhidmatan lori sewa ini bukanlah sesuatu yang senang.
Anda perlu mencari butiran dari ahli keluarga atau rakan untuk mendapatkan perkhidmatan yang boleh dipercayai.
Maklumlah, susah untuk kita percaya iklan lori sewa yang ditampal di tiang elektrik atau pokok sering kita nampak, bukan?
Tetapi pada zaman internet kini, mencari dan mengkaji selidik perkhidmatan lori sewa profesional yang terbaik untuk anda boleh dilakukan dengan hanya beberapa klik butang sahaja.
TheLorry, antara platform pemandu lori terulung di Malaysia, adalah salah satu perkhidmatan pindah rumah yang boleh ditempah menerusi internet.
Harganya juga adalah tetap dan tiada caj terselindung.
Jadi jika anda ingin mencari jalan untuk pindah rumah dengan lebih senang dan menguntungkan, pilihan untuk menggunakan perkhidmatan lori sewa adalah pilihan yang sangat bernas.
Dulu, mencari lori sewa yang boleh dipercayai agak susah. Kini, dengan platform seperti TheLorry, anda boleh buat tempahan online dengan harga tetap, telus, dan tanpa caj tersembunyi.
Hubungi Kami Bila-Bila Masa
👉 Chat dengan kami di WhatsApp untuk maklumat lanjut atau pertanyaan segera.
Kalau anda sedang merancang untuk pindah rumah dalam masa terdekat, jangan tunggu sampai saat akhir. Gunakan perkhidmatan lori sewa TheLorry yang terbukti berbaloi dari segi kos, masa, dan keselamatan.
👉 Pilih pakej terbaik di sini: House Moving Package
Baca Lagi Artikel Berguna di Blog TheLorry
Kalau anda rasa artikel ini membantu anda memahami kenapa lori sewa pindah rumah lebih menguntungkan, anda pasti akan dapat banyak lagi manfaat daripada artikel lain yang kami sediakan di blog TheLorry. Setiap artikel ditulis untuk menjawab persoalan sebenar pelanggan kami — daripada cara merancang pindah rumah dengan lancar hingga memahami pilihan servis yang lebih khusus.
Berikut adalah beberapa bacaan yang boleh bantu anda membuat keputusan lebih bijak sebelum pindah rumah:
-
Senarai Semak Lengkap Pindah Rumah
Jangan biarkan hari pindah jadi kelam-kabut! Artikel ini menyenaraikan langkah demi langkah apa yang perlu disemak sebelum, semasa, dan selepas pindah rumah. Dari menguruskan bil utiliti hinggalah ke pembungkusan barangan penting, anda akan ada satu panduan teratur yang memastikan tiada perkara penting yang tertinggal. -
Panduan Lengkap Perkhidmatan Cross Border Malaysia–Singapura
Jika anda merancang untuk berpindah atau menghantar barang ke Singapura, artikel ini akan membantu anda memahami prosedur, dokumen yang diperlukan, serta kos yang terlibat. TheLorry juga menawarkan perkhidmatan cross border yang memudahkan penghantaran tanpa perlu risau soal kastam atau peraturan antarabangsa. -
Cara Tempah Lori Sewa 1 Tan Murah
Tidak semua pindah memerlukan lori besar. Untuk mereka yang hanya perlu mengangkut barang sederhana, lori 1 tan adalah pilihan terbaik. Artikel ini menerangkan cara menempah lori sewa 1 tan dengan harga berpatutan, sambil memastikan barang anda tetap dihantar dengan selamat.
Kenapa Artikel-Artikel Ini Penting Untuk Anda?
Dengan membaca artikel-artikel tambahan ini, anda akan:
-
Lebih bersedia – tiada lagi kejutan saat akhir kerana anda sudah tahu apa yang perlu dilakukan.
-
Lebih jimat masa & kos – anda boleh pilih jenis lori yang sesuai dengan bajet dan jumlah barang.
-
Lebih yakin membuat keputusan – sama ada pindah rumah dalam Malaysia atau ke luar negara, anda akan faham semua opsyen yang ada.
👉 Semua artikel ini disusun untuk membantu anda membuat proses pindah rumah jadi lebih lancar, selamat, dan berbaloi.