Perniagaan maju dalam satu tahun
Kami ingin kongsikan sebuah cerita daripada rakan pemandu kami yang dahulunya bermula sebagai rakan pemandu TheLorry dengan berbekalkan satu buah lori dan satu orang pemandu sahaja. Satu orang pemandu itu adalah dirinya sendiri. Beliau bermula secara kecil-kecilan dan siapa sangka dalam masa satu tahun. beliau mampu menggaji 20 orang pemandu,17 orang pekerja dan 7 orang pekerja gudang di bawah syarikatnya, Zamzurich Holdings Sdn Bhd. Bukan itu sahaja, beliau juga mampu menambah aset dengan membeli trak tambahan bagi menampung permintaan yang tinggi.TheLorry uruskan segalanya
Ini terbukti dengan menyertai TheLorry, Encik Hanizam mampu mengembangkan perniagaannya. Dengan mendaftar sebagai rakan pemandu TheLorry, beliau tidak perlu mengiklankan servis mereka di Facebook, tidak risau untuk menguruskan tempahan pelanggan. TheLorry uruskan semuanya dari A-Z supaya rakan pemandu kami boleh menarik nafas lega daripada memikirkan sekecil-kecil hinggalah ke sebesar-besar perkara.Permintaan yang luar biasa
Pada awal pandemik, permintaan daripada platform e-dagang seperti Shopee and Lazada adalah sangat tinggi. TheLorry juga terpaksa berpindah gudang sebanyak dua kali bagi menampung volume barangan yang tinggi. Ini membuka ruang yang besar buat rakan pemandu TheLorry dengan membuat penghantaran barangan bersaiz besar ke rumah pelanggan seperti peti ais, mesin basuh dan penghawa dingin.“Seronok bila kita dapat membuat penghantaran pada waktu yang ditetapkan dan barang dalam keadaan selamat. Pelanggan pun puas hati” – Encik Hanizam, pemilik Zamzurich Holdings Sdn Bhd