Seimbangkan kehidupan dan kerja
Bagi Encik Chandrasegeran daripada CS Success Trading, bekerja dan masa bersama keluarga perlu seimbang. Sebelum ini, beliau bekerja sebagai penghantar dengan sebuah syarikat kurier. Menyedari beliau akan mempunyai lebih banyak masa untuk keluarga dan berpotensi mempunyai perniagaan sendiri, beliau akhirnya menyertai TheLorry sebagai rakan pemandu. Dengan menyertai TheLorry, beliau boleh mengatur jadual kerjanya sendiri dan juga menambah aset kenderaan yang dimiliki bagi kegunaan penghantaran.
Sistem baru bantu kurangkan bebanan
rakan pemandu
Apabila TheLorry memperkenalkan sistem ‘Monthly Invoicing’ di aplikasi TheLorry Partner,Encik Chandrasegeran dan rakan pemandu yang lain berasa sangat gembira. Ini kerana sistem baru ini dapat mengurangkan beban kerja-kerja dokumentasi dan memberikan masa yang lebih untuk untuk mereka menjana pendapatan.
Fleksibiliti masa
Encik Chandrasegeran meletakkan keluarga sebagai prioriti utamanya, beliau percaya dengan meluangkan masa kualiti bersama yang tersayang dapat mengurangkan penat setelah seminggu bekerja. Sebagai rakan pemandu di TheLorry, beliau boleh memilih untuk menerima tempahan pindah rumah atau penghantaran mengikut lokasi dan jadual yang tersendiri. Fleksibiliti masa bekerja sebegini agak sukar untuk didapati di tempat lain. Sebab itu, beliau masih setia bersama TheLorry.