Info

Servis Stair Carry dan Long Push untuk Perpindahan yang Mudah dan Lancar

By 18/07/2024Ogos 12th, 2024No Comments

Apakah Maksud Servis Stair Carry?

Servis Stair Carry adalah perkhidmatan di mana barang-barang atau perabot dibawa menaiki atau menuruni tangga dan direka khas untuk situasi di mana tiada akses lif tersedia, seperti dalam bangunan tanpa lif atau rumah dua tingkat. 

Pekerja kami menyediakan peralatan khas dan teknik yang efisien untuk mengendalikan barang yang kecil hingga lebih berat seperti perabot dan elektrik diangkut melalui tangga dengan cekap dan selamat.

Apakah Maksud Servis Long Push?

Servis Long Push adalah untuk situasi di mana barang-barang perlu didorong sejauh 50 hingga 100 meter dari kawasan pemuatan dan pemunggahan barang dan terdapat had ketinggian yang memerlukan barang diangkut menggunakan troli. Servis tambahan ini akan dikenakan bayaran mengikut jarak yang ditempuh.  

Dengan servis tambahan ini, pemindahan barang melalui jarak yang jauh dapat dilakukan untuk proses pindahan yang lebih mudah dan lancar. 

Rancang perpindahan anda dengan yakin dan bijak! Kenal pasti dahulu sama ada anda memerlukan perkhidmatan stair carry dan long push sebelum proses pindahan bermula. Jangan lupa untuk berhubung dengan pihak pengurusan kediaman untuk merancang dengan tepat. Ingat, TheLorry sentiasa sedia membantu.

Sharing is caring