Moving Tips

9 Tips Pindah Rumah Semasa Puasa

By 15/06/2017October 6th, 2021No Comments

Berpuasa adalah satu kewajipan bagi ramai rakyat Malaysia di bulan Ramadan. Banyak aktiviti seronok yang sering dikaitkan dengan bulan yang mulia ini, termasuk solat Tarawih, bazaar Ramadan, dan semestinya, shopping raya.

Tapi ada beberapa juga perkara yang buat orang yang berpuasa berasa lemah semangat. Salah satunya adalah melakukan kerja berat, lebih-lebih lagi kalau seseorang itu perlu mengemas barang untuk pindah rumah.

Memang pada kebiasaannya orang tidak akan memilih bulan puasa untuk pindah rumah. Tetapi mungkin ada di antara kita yang terpaksa pindah rumah juga akan sebab tertentu. Jika anda salah seorang daripada yang terpaksa, ini lah 5 tips untuk anda mengemas rumah untuk pindah di bulan Ramadan mulia ini.

1.Kerja berat di malam hari. Kerja ringan di siang

Kerja-kerja seperti mengalihkan atau mengangkat almari, katil, atau meja sepatutnya dibuat pada malam hari. Tenaga yang kita dapat selepas berbuka puasa lebih menolong untuk mengangkat barang-barang berat.

Kerja ringan sebaliknya perlu dilakukan di pada waktu. Ini termasuk memunggah dan mengemas pinggan mangkuk, pakaian, atau buku-buku.

2.Buat kerja menghampiri masa iftar

Satu teknik yang selalu dilakukan oleh orang yang perlu melakukan kerja berat di bulan puasa adalah dengan melakukannya berdekatan waktu berbuka.

Kalau waktu berbuka terjatuh pada pukul 7.20, mulakan kerja anda pada pukul 5 petang. Tambahan lagi, tiada yang lebih nikmat jika anda dapat berbuka puasa selepas melakukan kerja berat.

3. Lakukan langkah-langkah asas sebelum bermula

Salah satu benda yang asas dan penting perlu dilakukan sebelum memulakan kerja memindah rumah adalah dengan membuat check list. Kegunaan check list, terutamanya untuk memastikan barang-barang cukup semasa pindah rumah adalah sangat penting. Sebagai tips tambahan, sediakan check list dengan menulis di dalam buku nota.

Ini kerana kita akan lebih mengingati tulisan yang ditulis dengan tangan dari menaip ke dalam telefon bimbit atau komputer. Tulis besar-besar, supaya senang untuk kita baca walau macam mana keadaan pun.

4.Lakukan kerja dengan efisyen

51230036 – boxes shack and ready for moving day

Tugas mengemas rumah ni kadang-kadang boleh jadi senang, kadang-kadang susah. Semuanya bergantung dengan betapa cekap kita buat kerja tersebut.

Jadi, jangan cuba mulakan kerja selagi bahan-bahan asas seperti kotak, plastik wrap, surat khabar, dan pita pelekat masih tidak disediakan.

Kerja akan bertambah leceh kalau kita perlu keluar untuk beli sesuatu semasa sedang mengemas.

Untuk pastikan pekerjaan yang lebih efisyen, anda boleh mengamalkan kaedah seperti;

  • Labelkan kotak-kotak mengikut isinya
  • Menyusun pinggan mangkuk secara menegak di dalam kotak sambil beralaskan surat khabar
  • Menyediakan satu beg keperluan asas (supaya tidak susah untuk mencari sabun mandi, berus gigi, atau tuala di dalam mana-mana kotak kemudian)

5. Gunakan kreativiti untuk mengurangkan kerja

Selain kecekapan, kreativiti boleh juga tolong kita untuk meringankan sedikit kerja-kerja berat seperti ini. Maklumlah, kita kalau boleh nak kerja kita senang semasa puasa kan?

Satu tips menarik yang anda boleh cuba untuk mengurangkan beban almari atau katil yang berat semasa mengalihkannya adalah dengan menggunakan karpet rumah anda. Luncurkan karpet ke bawah almari atau katil anda sebelum mula alihkan.

Dengan adanya karpet di bawah permukaan perabot berat, lebih senang untuk anda menolak almari atau katil tersebut daripada mengangkatnya. Ini boleh sekurang-kurangnya meringankan beban jika anda perlu angkat barang tersebut turun atau naik tangga rumah.

Selain mengalihkan perabot berat, tugas leceh seperti mengemas pakaian kita juga boleh disenangkan dengan sedikit kreativiti. Jika anda ada banyak baju tergantung yang perlu dikemaskan, anda boleh guna plastik sampah besar.

Kumpulkan beberapa baju tergantung (bersama hanger) dan bungkuskannya menggunakan plastik sampah. Dengan ini, baju-baju tersebut senang untuk dialihkan.

Bermacam-macam lagi cara kreatif yang boleh kita gunakan untuk memindah rumah tanpa stress. Semua boleh diketahui dengan lebih lanjut di sini.

6. Minta tolong rakan-rakan anda

Tips ini bukanlah tips yang eksklusif kepada bulan puasa, tetapi keperluan untuk rakan-rakan anda untuk datang menolong akan bertambah dengan pastinya semasa berpuasa.

Jadi janganlah malu untuk menelefon mereka dan meminta pertolongan. Anda boleh memberi insentif dengan menyediakan juadah berbuka puasa selepas mereka menolong anda. Lakukan kerja berhampiran waktu berbuka adalah sangat bersesuaian di masa ini.

Sebagai tips tambahan, beri tugasan khas kepada rakan-rakan anda supaya kerja dapat dijalankan dengan lebih cekap dan efisyen.

7.Sahur secukupnya

Sebagai manusia yang selalu lupa dan alpa, kita kadang-kadang akan terlambat bangun untuk sahur. Masa itulah kita akan kelam-kabut makan biskut atau roti berselangkan air masak.

Jika anda dah rancang untuk mengemas rumah untuk pindah, bersedialah awal dengan bersahur secukupnya. Makanan sahur adalah satu-satunya sumber tenaga kita sepanjang hari sebelum berbuka, jadi tolong jangan terlambat bangun sahur!

8.Pergi bazaar!

Seperti mana yang kita tahu, hanya pada bulan puasa sahajalah boleh kita jumpa makanan-makanan menarik dijual di bazaar Ramadan setiap hari sepanjang bulan.

Kepelbagaian makanan yang tersedia ini menjadi paling relevan jika anda terpaksa berpindah di bulan Ramadan. Tidak perlu untuk anda bersusah payah untuk memasak, sebaliknya tugaskan seorang dari keluarga atau rakan untuk tolong belikan juadah berbuka puasa.

9.Sewa pemindah profesional

Jika anda telah berjaya untuk mengemas semua barang-barang untuk berpindah, anda akan menempuh satu lagi cabaran besar. Membawa kesemua barang-barang tersebut ke rumah baru anda.

Anda mungkin telahpun cari servis lori sewa yang sering diiklankan di tepi jalan untuk tolong anda pindah rumah, atau anda mengenali sesiapa yang mempunyai lori untuk disewa.

Tetapi kadang-kadang menyewa lori di negara kita ini juga ada risikonya. Kes-kes terpencil di mana pemandu lori cas kos tambahan tanpa sebab, terutamanya, sering diperkatakan.

Semestinya hanya segelintir daripada penyedia servis lori sewa di Malaysia yang berbuat demikian. Tetapi kepada yang pernah terkena, mungkin anda ingin servis yang lebih profesional.

Servis lori sewa profesional pada masa kini sudahpun banyak, dan syarikat seperti TheLorry menerajui profesionalisme di kalangan pemandu lori di negara ini.

Pemindah profesional dapat meringankan beban pindah rumah denagn banyak. Jadi mereka adalah sangat sesuai digunakan jika anda terpaksa pindah di bulan puasa.

Sharing is caring