Stories

5 Kes Pelanggan Ditipu Oleh Pengusaha Lori Sewa

By 15/01/2015October 4th, 2021No Comments

Sering kali kita dengar cerita di mana pelanggan ditipu oleh pengusaha lori sewa. Kami telah kumpul dan rumuskan 5 kes yang boleh didapati di internet.

1. “Apa ni tadi kata RM300!!”

Pelanggan ini SMS semua nombor yang ada di papan tanda hadapan rumah beliau dengan ayat:

“Berapa sewa lori 3 tan + orang angkat Dari Tmn Desa Jln Klang Lama (Condo) to Bukit Mahkota Semi-Dee (2 tingkat).”

Beliau kemudiannya memilih sebut harga yang paling murah iaitu RM300.

Setelah menghantar peringatan kepada pengusaha tersebut untuk datang pukul 12pm, pengusaha itu mengatakan bahawa lori 3 tan rosak maka lori 5 tan perlu dihantar pukul 4pm. Harganya pula adalah RM550.

Pelanggan memberitahu bahawa dia hanya akan muatkan barang sebanyak 3 tan sahaja dan beliau hanya akan membayar RM300. Pengusaha tersebut bersetuju.

TETAPI..

Setelah barang siap diangkat dan dipunggah (lori tidak penuh), bil yang dikeluarkan adalah RM550!

Apabila disoal, pengusaha itu jawab:

“Barang tadi muatan 5 tan, jadi kena la bayar 5 tan”

Pelanggan tersebut tidak puas hati kerana muatannya tidak penuh namun dicaj harga 5 tan penuh.

Akhirnya pelanggan mengalah dan membayar harga ‘nego’ RM500.

Link asal: http://bit.ly/1B4QWyn

2. “RM140 darab 5 = RM700”

Pelanggan ini nak pindah barang-barang rumah seperti almari, katil dan peti ais.

Setelah menghubungi beberapa pengusaha lori sewa, beliau memilih seorang pengusaha yang memberi harga RM80 untuk lori 1 tan dan 3 pekerja sebanyak RM60. Total RM140.

Pada hari perpindahan, lori 5 tan yang dihantar. Setelah barang dimuat penuh, drebar lori berkata memandangkan muatan penuh maka jumlah yang perlu dibayar ialah RM140 darab 5 = RM700.

“WTF” – respon pelanggan tersebut. Pelanggan terkejut kenapa perkara sebegini tidak diberitahu awal.

Akhirnya pelanggan tersebut meminta untuk ‘cancel’ lori. Namun pengusaha tersebut meminta caj RM100 untuk menanggung kos minyak.

Link asal: http://bit.ly/150aCWS

3. “Sangatlah penipu orangnya”

Pelanggan ini menghubungi seorang pengusaha lori sewa untuk pindah barang ofis dan harga yang diberi adalah RM350 untuk lori 3 tan siap dengan 3 pekerja.

Apabila barang sudah siap dimasukkan, salah seorang pekerja berkata lori tak boleh jalan dan kena ‘deal’ dengan drebar. Pelanggan tersebut terkejut. Drebar kata RM350 tidak cukup kerana barang berat.

Dengan perasaan tidak puas hati, pelanggan menghubungi boss drebar tersebut.

Respon beliau adalah seperti berikut:

“Harga RM350 adalah untuk lori 2 tan.. yang datang lori 3 tan jadi harganya RM480. Di destinasi nanti ada lif ke tidak? Kalau tingkat satu tiada lif harganya RM180. Total RM660.”

Pelanggan tersebut hairan kenapa harga tiba-tiba melonjak ke RM480 walhal harga yang dipersetujui adalah RM350.

“Sangatlah penipu orangnya”, ujar pelanggan tersebut.

Akhirnya pelanggan tersebut tidak jadi sewa. Drebar pula berkata jikalau tidak jadi sewa maka barangan tidak akan dibawa naik semula dan akan dibiarkan sahaja di atas jalan. Jadi nak tak nak kena jalan jugalah. Pelanggan terpaksa bayar lebih sedikit.

Link asal: http://bit.ly/17KhEjm

4. “Memang saya akan senaraihitamkan!”

Pelanggan ini hendak menyewa lori dari Bandar Baru Bangi ke Serdang. Setelah berunding dengan pengusaha lori sewa tersebut, maka harga yang dipersetujui adalah RM245 untuk lori 3 tan dan 3 pekerja.

Pada hari perpindahan, pekerja lori tersebut tidak menyusun barang dengan kemas – akibatnya banyak ruang-ruang kosong yang masih ada di dalam lori tersebut.

Apabila sampai ke destinasi dan sebelum barang dipunggah, resit dikeluarkan dengan jumlah RM400.

“Terkejut beruk saya.” ujar pelanggan tersebut.

Alasan yang diberi oleh pengusaha tersebut – lori yang dibawa adalah 3 tan yang sudah ‘dimodified’ untuk 5 tan dan barang yang dimuat adalah ‘penuh’. Akhirnya harga ‘nego’ adalah RM350.

“Nak tak nak kena bayar.” kata pelanggan itu.

Link asal: http://bit.ly/1sBvjma

5. “Harga itu untuk separuh muatan sahaja”

Ha, pelanggan ini pula meluahkan perasaan beliau di Facebook kerana harga yang diberitahu pada mulanya adalah RM250 sekali dengan 3 pekerja. Lori yang dicadang adalah lori 2 tan.

Apabila pelanggan ini menghubungi semula untuk ‘confirm’, pengusaha tersebut memberitahu bahawa lori 3 tan diperlukan kerana barang banyak. Maka harga yang perlu dibayar adalah RM400.

Setelah bersetuju dan apabila lori sampai, pengusaha lori itu kata yang harga RM400 adalah untuk separuh muatan sahaja. Kalau harga penuh muatan – RM580!

Mana boleh macam ini.” kata pelanggan tersebut.

Setelah berbincang panjang lebar, harga yang dipersetujui adalah RM450. Malang bagi pelanggan tersebut kerana barang banyak dan dua trip perlu dibuat – total harga RM900.

Link asal: http://on.fb.me/1G0gMXh

Belajarlah cara untuk menyewa lori dengan harga yang tetap di mana semua butiran adalah dalam ‘black & white’.

Sharing is caring