Posted Date: 25, Jul 18

5 Tips Untuk Pilih Saiz Lori Sewa Yang Betul

IMG3

Sebagai sebuah platform tempahan logistik, kami di TheLorry sering mendapat soalan yang sama dari pelanggan. "Lori saiz apa yang saya perlukan"?

Terdapat beberapa jenis lori yang biasa digunakan untuk pindah barang, antaranya adalah lori 1 tan, lori 3 tan, dan lori 5 tan.

Memang ia menjadi suatu cabaran untuk kita membuat anggaran saiz lori yang diperlukan berdasarkan saiz dan kuantiti barangan yang perlu dipindahkan.

Kalau tersalah pilih lori dan lori terlalu kecil, nanti perlu membayar caj trip tambahan. Tetapi kalau lori terlalu besar, nanti akan membazir ruang dan wang pula.

Jangan risau! Kami ada beberapa tips yang boleh anda jadikan rujukan untuk memilih saiz lori yang tepat untuk pemindahan rumah anda.

1. Ukur kesemua perabot besar anda

Dapatkan pita pengukur yang boleh ditarik dan dikembalikan seperti di bawah; IMG5

Sudah ada pita pengukur ini? Sekarang ukur kesemua perabot besar anda seperti almari, rangka katil, tilam, sofa, peti sejuk, dan mesin basuh.

Setelah anda ukur dan catit kesemua saiz perabot anda, anda boleh tahu ruangan yang akan diperlukan untuk pindah nanti.

Oh, dan jika boleh, ukur perabot anda menggunakan unit kaki (ft). Jika pita pengukur anda hanya ada millimetre (mm) dan centimetre (cm) sahaja, tukarkan ke unit kaki dengan Google sahaja.

2. Ketahui saiz-saiz lori yang ada

IMG4

Kami menyediakan saiz kesemua jenis pengangkutan yang disediakan di laman web kami. Tetapi untuk senangkan keadaan, boleh rujuk kepada rajah di bawah.

Jenis Pengangkutan Saiz Ruangan Pengangkutan (kaki/ft) (P)x(L)x(T)
4x4 Pickup Truck 4 x 3 x 2
Van 8 x 3 x 4
Lori 1 tan/S 9 x 5 x 5
Lori 3 tan/M 14 x 7'2 inci x 7
Lori 3 tan(17kaki)/L 16.5 x 7'2 inci x 7

*Lori 3tan (17kaki) adalah bersamaan dengan lori 5 tan.


3. Lori 1 tan tidaklah begitu besar

Terdapat ramai yang anggap sebuah lori 1 tan itu adalah sangat besar, dan boleh memuatkan kesemua barangan dalam rumah dengan senang.

Kita faham bahawa 1 tan itu bersamaan dengan 1000kg, jadi mesti kita akan berasa ia boleh membawa barangan yang sangat banyak!

Tetapi sebenarnya, merujuk kepada rajah di atas, saiz standard sebuah lori 1 tan adalah 9 x 5 x 5 (kaki) sahaja.

Sebagai gambaran, purata ketinggian penduduk di Malaysia adalah lebih kurang 5 kaki 5 inci (166cm bagi) bagi lelaki, dan 5 kaki (152cm) bagi perempuan, jadi beza antara ketinggian kita dan panjang seluruh ruang lori 1 tan hanyalah lebih kurang 4 kaki.

Jadi, sebuah sofa 3-seater bersaiz standard sudah hampir memenuhi panjang ruang lori tersebut. Apatah lagi sebuah katil bersaiz king yang tidak boleh diselenggara?

Ketinggian dan kelebaran ruang lori 1 tan juga adalah hanya 5 kaki, jadi peti ais yang lebih tinggi dari kita mungkin tidak boleh dimuatkan dalam keadaan berdiri!

Sebagai rujukan, perabot besar yang boleh dimuatkan ke dalam lori 1 tan adalah seperti katil bersaiz queen (boleh diselenggara adalah yang terbaik), meja, laci-laci kecil, mesin basuh, peti sejuk (yang bersaiz sederhana), dan almari bersaiz sederhana.

4. Pastikan jenis lori juga

IMG1
Contoh lori dengan ruangan 'box'.


IMG2
Contoh lori dengan ruangan 'canvas'.


Terdapat banyak jenis lori yang sering digunakan untuk penghantaran barang dan pemindahan rumah. Anda patut pastikan jenis ruangan lori yang anda tempah supaya anda boleh anggarkan saiznya dengan lebih tepat.

Sebagai contoh, terdapat jenis lori yang menggunakan ruangan 'box' untuk mengangkut barangan. Ruangan ini sangat sesuai untuk barangan berharga, di mana ia lebih selamat.

Tetapi, ruangan 'box' itu akan menyebabkan saiznya juga sangat terhad. Jadi jika ia berukuran 9 x 5 x 5 kaki, memang anda hanya boleh memuatkan barangan berukuran itu sahaja.

Sebaliknya, terdapat sebuah jenis lori yang menggunakan ruangan 'canvas'. Lori ini menggunakan kain kanvas sebagai penutup ruangannya, jadi saiznya agak fleksibel untuk beberapa inci.

5. 4x4 atau van boleh menjadi penyelamat anda

Dalam kehidupan kita, berapa kali sahaja akan kita pindah rumah? Dan berapa kali sahaja kita akan menyewa sebuah lori? Mungkin 1 ke 3 kali sahaja?

Tetapi, anda mungkin sering memerlukan servis menghantar barangan besar, bukan?

Jika anda hanya inginkan sebuah meja kecil, beberapa kotak, dan kerusi untuk dipindahkan, anda boleh menempah sebuah 4x4 pickup truck untuk bantu!

Dan jika anda ingin memindahkan sebuah peti sejuk atau mesin basuh bersaiz sederhana, boleh juga menempah sebuah van!

Amaran: Anda tidak disyorkan untuk meletakkan mesin basuh anda dalam keadaan terbaring semasa pemindahan. Ia boleh membawa kepada kerosakan!

Tips tambahan: Jika anda baringkan peti sejuk untuk pemindahan, pastikan anda biarkannya berdiri kembali selama mana ia dibaringkan sebelum hidupkannya kembali.

Contoh: Jika peti sejuk anda sudah dibaringkan selama sejam di dalam van, berdirikannya selama sejam juga sebelum hidupkannya kembali.

Tunggu apa lagi? Buatlah tempahan lori, van, atau 4x4 anda dengan TheLorry! Anda boleh juga muat turun mobile app kami untuk membuat tempahan!

About TheLorry
TheLorry is an on-demand logistics platform for 4x4 trucks, vans and lorries. We serve private and commercial clients across Malaysia and Singapore.
image
moving home/office?
Get a quote under 30s and move now from RM35
Learn More
image