Posted Date: 25, Dec 20

4 Hidangan Wajib Ketika Perayaan Krismas

Christmas Meal

Perayaan Krismas pada lazimnya dirayakan setiap 25 Disember. Tahukan anda, apakah jenis makanan yang wajib dihidangkan ketika perayaan krismas ini? Biar kami perkenalkan anda dengan menu-menu utama ini.

chicken

1. Ayam Belanda Panggang

Ayam belanda merupakan hidangan utama apabila tibanya perayaan ini. Ramai menganggap sambutan perayaan krismas tidak akan lengkap dan tidak bermakna jikalau tidak mempunyai menu ini. Akan tetapi jikalau di Malaysia, selalunya kita hanya akan menggunakan ayam biasa kerana ianya lebih mudah untuk didapati di sini.

Fruit Cake

2. Puding Plum

Puding plum atau puding Krismas telah wujud pada awal kurun ke 17. Resipi asal dihasil menggunakan daging lembu, bawang putih dan sayur-sayuran serta buah-buah kering sebelum dibakar.

Namun pada kurun ke 18, kismis dan buah plum telah dimasukkan ke dalam resipi. Cara penyediaannya juga berubah dengan mengkukus puding sebelum menuang susu cair di atasnya.

Biscuit

3. Biskut Krismas

Selain hiasan pokok Krismas dan kehadiran Santa Claus, biskut Krismas juga adalah hidangan wajib! Kehadiran biskut dengan pelbagai bentuk, saiz dan warna mesti memeriahkan lagi suasana perayaan! Antara perisa biskut yang popular adalah ginger bread man, biskut oatmeal, biskut ginger star, biskut keju rosemary biskut baby meringue mouse dan biskut gula.

Apple

4. Sherpards Pie

Pai ini selalunya dihasilkan menggunakan bahan asas seperti kentang lenyek dan berintikan daging lembu atau daging kambing di Malaysia. Penyediaannya yang mudah menjadikan menu ini selalu dimasak ketika perayaan dan boleh dimakan oleh pelbagai peringkat umur.

Diatas adalah antara menu-menu yang selalunya dihidangkan sewaktu perayaan krismas di Malaysia. Kalau ada peluang, cubalah resipi hidangan ini dan beli barang secara online di TheLorry Grocer

About TheLorry
TheLorry is an on-demand logistics platform for 4x4 trucks, vans and lorries. We serve private and commercial clients across Malaysia, Singapore, Indonesia and Thailand
image
moving home/office?
Get a quote under 30s and move now from RM35
Learn More
image